-----------------------------------------------------------------------------------------
Yasmin Hani Richardson hari ini selamat melangsungkan pernikahannya dengan Sha’arin Mohammed Razali Wong. Akad nikah itu berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, pukul 3.45 petang tadi.




Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran berserta mas kahwin sebanyak RM80.00 dan wang hantaran bernilai RM32,000. Tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin, setepak sirih junjung, sebuah beg, satu set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.
Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, setepak sirih junjung, seutas jam tangan, satu set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Jue Aziz kini berlakon dalam drama kat TV3, Nilapura, saper-saper yang tengok tu mesti tak duduk senang dengan kelibat Jue dalam lakonan drama berkenaan kan. Memang Jue kelihatan cantik dan anggun apatahlagi rambutnya yang panjang amat. pas ni boleh lah berlakon dalam pontianak harum 4. Hehe. Gurau-gurau jerk. Nak tengok gambar lebih kat Facebook We Love Jue Aziz.



-----------------------------------------------------------------------------------------
Cantik sungguh gambar perkahwinan artis Eira dan Azad.Orang kata bagaikan pinang dibelah dua.Dengan sekali lafaz pelakon, Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya, kira-kira pukul 8.50 malam, Jumaat. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Eira menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin, sirih junjung, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, dan iPad, manakala Azad mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, Al-Quran, jam, baju Melayu, set penjagaan diri, kemeja, sejadah, kasut, coklat, cincin, sirih junjung dan jersi dan topi jenama Chelsea.
Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini. Manakala, pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang.
Pasangan akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan.











-----------------------------------------------------------------------------------------
Danny X Factor, mamat kelate ni akhirnya bakal berumah tangga pada 16 September nanti. Bakal isteri Danny orang Kampar, dan majlis pun diadakan sederhana sahaja di kampar.Tahniah diucapkan awal-awal ye kepada Danny dan isteri.Memang secocok mereka ni.

“Saya akan bernikah pada 16 September ini, sempena cuti Hari Malaysia. Majlis menyambut menantu di Pasir Mas, Kelantan akan diadakan dua minggu selepas itu manakala majlis persandingan akan diadakan awal Oktober depan,”
-----------------------------------------------------------------------------------------
Di Media, ulasan daripada wartawan kedengaran makin tidak enak berkenaan naib juara raja lawak sorang ni.Zizan dikatakan semakin besar kepala? Zizan dikatakan nak tunjuk ” terer” depan senior semasa persembahan.Betul ke ni bang Zizan?Atau ada yang terasa dengan perangai Zizan ni, tapi dia tak sengaja?

Biasalah, orang kalau dah ada nama, naik nama memang orang akan anggap serius apa-apa pun.Cuba kalau tak popular, mau tak jadi isu pun kan.Zizan menafikan perkara ni, dan mintak maap kalau ada yang dia tak perasan atau tak disengajakan.Biasalah manusia kan.Apa pun jom tengok filem raya ni Hantu Bonceng lakonan Zizan dengan Juliana Evans yang seksi dan cun tuh!
-----------------------------------------------------------------------------------------
Perceraian merupakan satu perkara halal yang paling dibenci.Disangkakan bahagia selama ini bersama suami tersayang, rupa-rupanya ada ombak tsunami yang melanda bahtera rumahtangga anak kepada Amie Search yang berusia nak 3 tahun tu, Nabila Huda dengan Zaidy. Memang sesuatu yang agak mengejutkan ramai pihak. Sebab dah 2 tahun mereka mengalami masalah rumahtangga. Alahai, bulan suci ni, nak pula failkan perceraian, kan lepas lebaran jek boleh. Zzz

“Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.
“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,” kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.
Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.
Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.
“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati. -Via
-----------------------------------------------------------------------------------------
Bila orang kata Fida yang cun tu couple dengan mamat sepah ramai yang tak percaya.Ha..sekarang tengoklah sendiri..Gambar Mamat Sepah dan Fida dibawah diambil ketika mereka membuat rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mereka berdua tidak segan dan malu untuk bergambar bersama ketika itu sepertinya mengiyakan episod percintaan mereka dan sekaligus tidak menghampakan permintaan jurugambar yang sememangnya sudah tahu mereka sedang dibuai asmaradana.

Mamat yang ditanya ketika itu oleh wartawan, sudah bersedia untuk berumahtangga dengan Fida yang dijangka pada tahun hadapan, 2012. Persediaan Mamat dikatakan sudah lama untuk berkahwin, dengan sebelum ini pernah bercinta dengan kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha selama 9 bulan yang akhirnya putus ditengah jalan sebelum mahu merancang perkahwinan.
Apa-apa pun kita doakan agar mereka berdua, Mamat dan Sepah selamat bernikah kelak, dan hubungan mereka kekal hingga ke saat it, memandangkan perbezaan mereka yang ketara dari sudut profesion, Mamat ‘gila-gila’, Fida sopan santun.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, mengakui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.

Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.
Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.
“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.
“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan keguguran,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Raya TV3 dan TV9, di sini, Khamis.
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.
Biarpun masih bersedih, namun Fedtri menerima kenyataan bahawa belum dikurniakan rezeki dan menganggap ada hikmah di sebalik keguguran tersebut.
“Siapa tak sedih, semasa mendapat tahu isteri mengandung, saya paling teruja namun saya faham bukan rezeki saya untuk menimang cahaya mata.
“Apa yang penting isteri saya selamat dan saya faham perasaan dia selepas keguguran lebih sedih berbanding saya,” ujarnya. Source: Mstar
-----------------------------------------------------------------------------------------
Selepas tiga tahun bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone, penyanyi Shila Amzah mengambil keputusan untuk menguruskan kerjayanya sendiri dengan meninggalkan syarikat itu.

Tambah Shila, dia yakin mampu menguruskan perjalanan kerjayanya terutamanya dalam bidang nyanyian dengan lebih baik secara berseorangan.
“Saya rasa sudah sampai masa untuk saya menguruskan kerjaya saya sendiri, saya faham mereka (Monkey Bone) menguruskan ramai artis dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada saya seorang sahaja.
“Tapi bagi saya pula sebagai penyanyi saya mahu produk saya keluar segera,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program-Program Baru TV3 dan TV9, di sini, Khamis. Source: Mstar
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kisah percintaan Yusry dan Lisa Surihani memang sudah tidak perlu dikatakan lagi. Hampir semua Lisa Surihani hampir tidak percaya, tidak juga yang merestui hubungannya dengan duda, Yusry. Dalam petikan portal Berita Harian baru-baru ini, mereka sudah ‘set’ kan tahun untuk segera diijab kabulkan. Memandangkan Lisa Surihani yang cantik ini takut nanti dikebas dek orang. Hehe. Kalau sudah jodoh tak kemana juga kan. Haraplah mereka akan disatukan dengan selamat nanti. Kalau putus cinta ditengah jalan, itu dugaan semata-mata. Tapi kita harapkan agar mereka berjaya membina masjid.

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan. [via] & Izyan