[ Mencecah 80 ribu page views dan 30 ribu pengunjung ! Iklankan produk anda di Artiskini.com! Klik Sini! ]

-----------------------------------------------------------------------------------------
 

Gempak Selebriti Astro – gempak habis! Labels: review blog

 

Gempak Selebriti Astro di Plaza Angsana pada 2 May 2009 sehingga 3 May mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat-peminat Astro terutama dari pelanggan-pelanggan Astro.

Jika selama ini mereka hanya melihat melalui siaran Astro, kali ini mereka tidak melepaskan peluang bergambar kenang-kenangan bersama ikon Astro seperti Tok Wan dan Alycia. Tentu pelanggan Astro berasa bangga dapat merakamkan detik manis bersama mereka.

Sungguh meriah sekali GSA tahun ini dengan pelbagai permainan interaktif menarik di booth-booth yang disediakan menyebabkan pengunjung yang hadir berasa amat bertuah dan terhibur serta meninggalkan kenangan manis kepada mereka.

Setiap channel yang popular di Astro menyediakan booth-booth mereka sendiri khas untuk peminat-peminat channel berkenaan seperti booth Movie (HBO, MAX, StarMovies) untuk peminat movie , Sports (ESPN, Star Sports, Astro Supersports, Golf Channel, EuroSport) untuk fanatik channel sukan, booth Family ( untuk channel pakej asas seperti Astro Ria, Oasis, Kirana, Zee dan sebagainya) , Booth Learning (Discovery, national Geography dan sebagainya), Disney booth untuk kanak-kanak yang suka melihat kartun Disney.

Booth dan gerai juga banyak didirikan, antaranya booth channel movie pakej Astro seperti HBO, MAX dan StarMovies. Macam-macam games diadakan untuk peminat filem selain dapat melanggan pakej Astro.

Antara booth yang paling meriah ialah booth Fun ( booth untuk channel kanak-kanak seperti Nickelodeon dan Cartoon Network)

Peserta nyanyian dari program Talent Search Disney

Kanak-kanak berseronok dan riang gembira di booth kegemaran mereka, Fun . Ibu bapa juga turut singgah menemani anak-anak mereka.


Peserta cilik mendapat hadiah di dalam pertandingan lukisan sedang ditemuramah.

Cenderamata dan hadiah di booth-booth tersebut menjadi cenderahati yang dibawa pulang oleh pengunjung.

Antara booth yang turut menjadi serbuan peminat ialah Booth perkhidmatan pelanggan dan penebusan hadiah dan booth memanjakan diri (pampering) khas untuk pelanggan Astro yang bertuah. Pada GSA ini , turut memperkenalkan sesi manjakan diri di mana para pelanggan yang datang ke GSA untuk melanggan atau menaik taraf perkhidmatan Astro mereka, akan diberi urut bahu, kepala atau refleksologi kaki dengan percuma


Aaron Aziz, Farid Kamil dan Lisa sedang menandatangani autograf peminat mereka di booth Megadrama.


Ning dan Tok Wan dikerumuni peminatnya, walau bagaimanapun mereka tetap bergembira melayani peminat.

Barisan artis dan selebriti yang memeriahkan GSA. Mereka seperti tidak mengenal erti penat walaupun pada siangnya mereka melayan peminat-peminat yang tidak melepaskan peluang beramah mesra, bergambar dan juga mendapatkan tandatangan artis dan selebriti pujaan mereka itu.

Konsert mini selama 2 jam adalah antara acara kemuncak dan dinanti-nantikan oleh pengunjung pada kedua-dua malam GSA. Pengunjung amat terhibur dengan persembahan 2 jam artis-artis terkenal seperti Ning Baizura, Edlin, Idayu, Farish, Fitri, Hazama, Tam, Akma, Reza, Nonny dan Nora untuk GSA kali ini. Peminat bergembira menyanyi bersama-sama artis pujaan mereka itu.

GSA yang akan diadakan di Bukit Jalil pada 16 May ini pasti akan diserbu oleh peminat. Kepada peminat Astro di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, jangan lupa temujanji anda bersama GSA dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masukkan E-Mel Anda Untuk Update terkini Artis dan Cerita Panas:

Delivered by FeedBurner

Discussion

What do you think? Leave a comment. Alternatively, write a post on your own weblog; this blog accepts trackbacks [trackback url].

Comments
1.
On May 31st, 2010 at 9:13 am, celebrities said:

Great recipes and looked tasty… simple, thank you for the foto, seleb yang okeh

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

 
Your Ad Here