-----------------------------------------------------------------------------------------
Sarimah Dan Suami Berpisah

Gosip hangat Sarimah bercerai Amir Andrew Abdullah dah panas didengar dari segala pelusuk Malaya. Khabar angin tentang perpisahan Sarimah dan suaminya selama tiga tahun, Amir Andrew Abdullah, sudah lama diperkatakan. Dan hari ini, di dalam akhbar Harian Metro, artikel bertajuk ‘Sarimah, Amir pisah’, pengacara yang terkenal dengan perwatakan yang ceria dan gila-gila itu tampil mengesahkan perkara tersebut.
Menurut laporan akhbar Harian Metro, Sarimah dan suami telah berpisah sementara selama beberapa bulan dengan harapan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, sebelum mengambil keputusan untuk berpisah secara rasmi pada Disember lalu. Dan bagi sesiapa yang mungkin melihat perceraian ini hasil daripada kehadiran orang ketiga, Sarimah menafikannya.
Katanya, melihatkan sudah tiada keserasian di antara mereka, perpisahan merupakan jalan terbaik. Walaupun tidak lagi berstatuskan suami isteri, mereka masih bergelar sahabat.


Discussion
What do you think? Leave a comment. Alternatively, write a post on your own weblog; this blog accepts trackbacks [trackback url].
Leave a ReplyYou must be logged in to post a comment.