[ Mencecah 80 ribu page views dan 30 ribu pengunjung ! Iklankan produk anda di Artiskini.com! Klik Sini! ]

-----------------------------------------------------------------------------------------
 

Keputusan Akademi Fantasia 8 (AF8)-Shahir Juara!

 

ahmad_shahir-af-juara
Begitulah keputusan undian penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei. Yang akhirnya menjadi pilihan mereka untuk bergelar juara musim kelapan Akademi Fantasia adalah anak muda kelahiran Kampar, Perak yang bernama Ahmad Shahir bin Zawawi. Bagi yang mengikuti perkembangan AF8 sejak konsert ke-9 minggu lepas, sudah pasti kemenangan Shahir sesuatu yang dijangkakan, apabila melihatkan pada pendapat majoriti peminat AF. Bila diimbas kembali perjalanan Shahir sepanjang 10 minggu berlangsungnya pertandingan ini, sesuai rasanya jika digelarkannya sebagai ‘comeback kid’.

Meskipun dirasai panel juri tetap sebagai mempunyai pakej untuk melangkah ke malam kemuncak AF, namun gara-gara undian yang tidak mencukupi, Shahir telah tersingkir dari pertandingan pada minggu ketujuh. Namun, anak muda berusia 22 tahun ini mendapat talian hayat keduanya melalui AF Masuk. Dan nampaknya, Shahir tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.

Walaupun persembahan pertamanya pada malam ini kurang menyerlah – memetik komen Adlin Aman Ramlie, mungkin disebabkan lagu barunya, “Kebahagiaan Dalam Perpisahan” yang terasa lama – tetapi lagu keduanya, “Biru Mata Hitamku”, nyanyian asal Wings, berjaya menonjolkan dirinya.

Berjaya memberi nafas baru kepada lagu klasik Wings tersebut, Shahir pada ketika itu, berjaya mengenepikan dengan mudah pesaing-pesaingnya yang lain, iaitu Adira, Daus, Maulana dan Iwan. Shahir yang gagal mengawal emosinya sebaik saja diumumkan sebagai juara AF8, membawa pulang, antara lain, wang tunai berjumlah RM200,000, sebuah kereta Peugeot 207 dan sebuah telefon bimbit LG Prada.

Gelaran naib juara jatuh kepada Adira atau nama penuhnya, Siti Adira bt Suhaimi. Anak kelahiran Sabah yang berusia 19 tahun ini membawa pulang wang tunai RM100,000 di samping hadiah lain. Tempat ketiga dengan wang hadiah sebanyak RM25,000 dimenangi Daus (Muhd Shahril Firdaus bin Eli) sementara Maulana (Muhd Firdaus Maulana Mohamed) dan Iwan (Emirza Awan Zulazrin Chew), masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima. -Gua

Nak tengok video youtube si Shahir ni nyanyi anda boleh gi ushar kat sini —> Final AF8 Shahir Juara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masukkan E-Mel Anda Untuk Update terkini Artis dan Cerita Panas:

Delivered by FeedBurner

Discussion

What do you think? Leave a comment. Alternatively, write a post on your own weblog; this blog accepts trackbacks [trackback url].

Comments
1.
On May 28th, 2010 at 2:20 pm, rahsia hebat said:

menang setelah terkeluar nk buat apa..apa barang..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

 
Your Ad Here